MErdeka!MeRDeka!MeRDEKa!
Hari ini Malaysia Menyambut hari kemerdekaan ke 51.Semoga suasana harmoni dan aman damai ini dapat dikekalkan sampai bila-bila kerana kita sepatutnya bertuah berada di negara yang tiada peperangan.Semua orang juga harus bersyukur kerana kita masih dapat bergembira tatkala rakyat di negara lain yang hidup dalam kemiskinan,kebuluran dan ketakutan.Sedangkan di negara ini, kita masih sempat bertelagah di antara satu sama lain merebut status demi menjaga kepentingan sendiri.Perkara sebegini harus kita semua rasa malu kerana pembaziran yang berlaku hanya semata- mata demi mencapai kepuasan diri.Duit yang dihabiskan itu sepatutnya boleh digunakan untuk tujuan lain seperti membantu golongan yang memerlukan.Atau paling tidak menghapuskan gejala-gejala tidak sihat yang masih bergelumang di antara kita semua seperti pelacuran, perkongsian dadah, rempit dan bermacam lagi yang boleh dijadikan satu alasan bagi menjanjikan kehidupan yang lebih baik.
Seperti apa yang dikatakan oleh bekas perdana menteri kita yang lalu iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad. Sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun 2008 ini hambar dan tidak bersemangat.Suasana ini jelas kelihatan bagi FuzzniqDotCom dengan hanya sebilangan kenderaan, bangunan-bangunan yang mengibarkan jalur gemilang kebanggaan negara.Di manakah salahnya?Adakah kerana sesetengah pihak yang sibuk meraih undi di pilihanraya sehingga terlupa menyambut hari bersejarah ini.Muda-mudi pula berseronok kerana apabila hari kemerdekaan ini tiba maka banyaklah parti-parti yhang diadakan di mana-mana saja di seluruh pelusuk negara.Lumba haram juga tidak kurang hebatnya apabila jalur gemilang dikibarkan bersama semasa mereka sibuk mempertaruhkan nyawa di jalan raya.Ini menunjukkan bahawa tiada yang benar-benar memahami erti kemerdekaan.Saya sendiri pun mengaku hanya menggangap ia hanya satu detik bersejarah bagi negara kita apabila negara kita bebas dari jajahan kuasa asing.
Apapun FuzzniqDotCom Mengucapkan Selamat Menyambut Kemerdekaan Ke 51!HuHa!Selamat Malam!



